BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 14, 2010

Kesusasteraan Melayu

DEFINISI
 
Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu :
Su indah, baik,, lebih berfaedah
Sastera huruf atau buku
(ke) susastera (an) kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya
 
Menurut pandangan J.S Badudu pula Sastera harus ditinjau dari dua segi iaitu bahasa dan isi Menurut Hashim Awang pula sastera ialah ciptaan senia yang disampaikan melalui bahasa.
 
GENRE SASTERA
Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu.
  Menurut Kamus Dewan,genre sastera didefinisikan sebagai hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.
 
UNSUR-UNSUR DALAM KESUSASTERAAN
  Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu :
  1. Intelek.
  • Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah
Karya sastera.
b.     Emosi.
  • Membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera.
c.     Imaginasi.
  • Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadap satu-satu benda dan peristiwa.
d.    Teknik.
Ia merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita , memilih kata-kata, mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adengan-adengan dalam lakonannya dan lain-lain.
 
Kesusasteraan Melayu Klasik
  Tentang Kesusasteraan Melayu Klasik
Kesusasteraan Melayu Klasik merupakan sastera tertua yang disampaikan secara lisan dan diturunkan dari satu generasi ke generasai lain yang mempunyai unsur tokok -tambah.
Ia wujud sebelum adanya alat pencetak.
Ia di hasilkan sebelum tahun 1800 dan merupakan hasil yang masih tersimpan tidak kira dalam apa bentuk dan bagaimana corak.
Ia disampaikan dalam bentuk lisan dan sebahagian kecil dalam bentuk tulisan tangan.Punya nilai dan ukuran yang tersendiri.Setiap karya adalah hak cipta bersama dan tiada nama pengarang.
Penulisannya jenis khayalan dan dicampuradukkan dengan kenyataan bertujuan hiburan dan pengajaran.   
 
Kesusasteraan Lisan.
 
  • Kesusasteraan yang disampaikan melalui peraturan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
  • Ia dikenali juga sebagai sastera rakyat
  • Contoh sastera lisan berbentuk cerita:
  1. cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana )
  2. cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk )
  3. cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang )
  4. cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah )
  5. cerita penglipur-lara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )
 

PERIBAHASA
Peribahasa merupakan ayat atau kelompok yang mempunyai susunan yang tetap dan mempunyai pengertian yang tertentu.Ia juga dikenali sebagai bidalan atau pepatah seperti‘biar mati anak jangan mati adat’.
 
PANTUN
Menurut Kamus Dewan,pantun adalah sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat bis pertama meraris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainya mengandungi maksudnya  
 
JENIS-JENIS PANTUN
1. Pantun dua kerat
2. Pantun empat kerat
- Pantun kanak-kanak
- Pantun jenaka
- Pantun bersukacita
- Pantun berdukacita
- Pantun kiasan
- Pantun budi
- Pantun nasihat
- Pantun agama
- Pantun kasih sayang
- Pantun nasib
3. Pantun enam kerat
4. Pantun lapan kerat
5. Pantun sepuluh kerat
6. Pantun dua belas kerat
7. Pantun tiga belas kerat
8. Pantun berkait
 
Contoh:
  • Pantun dua kerat
  • Pantun kanak-kanak
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.

  • Pantun empat kerat
  • Pantun jenaka
Ayam disabung jantan dipaut,
Jika ditambat kalah laganya,
Asam di darat ikan di laut,
Dalam belanga bertemu jua.
 
  • Pantun enam kerat
Apa di harap padi seberang,
Entah berderai entahkan tidak,
Entah dimakan pipit melayang,
Apa diharap kekasih orang,
Entah bercerai entah tidak,
Entah makin bertambah sayang.

MANTERA
Mantera merupakan kata atau ayat apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (untuk menyembuhkan penyakit dan lain-lain), jampi. (Kamus Dewan)
 
TEROMBA
Menurut Kamus Dewan,teromba ialah sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tombo, riwayat dan merupakan susunan kata-kata adat.
 
Ciri-ciri
  • Puisi bebas yang tidak tentu jumlah baris, rangkap, rima atau jumlah perkataan dalam satu baris.
  • Terdapat sisipan berbagai-bagai puisi yang lain, misalnya pantun, gurindam, peribahasa dalam seuntai teromba.
  • Isinya memuat hal-hal yang berhubungan dengan undang-undang, adt istiadat yang diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat.
  • Contohnya: Terombo dalam adat istiada perkahwinan.
 
GURINDAM
Didefinisikan sejenis bentuk puisi (terdiri daripada dua baris, berisi dengan pelbagai pengajaran.Dalam baris kedua termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Rima akhir tiap-tiap baris gurindam adalam sama.
  • Jenis-jenis gurindam :-
Gurindam serangkap dua baris
Gurindam serangkap empat baris
Gurindam bebas

SELOKA
Menurut Kamus Dewan seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll) .Perkataan ‘seloka’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘shloka’. Bentuk puisi lama yang ditulis secara berangkap-berangkap. Rima akhir adalah tidak tetap. Ia digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan. Seloka tidak mempunyai pembayang.
  • Contoh seloka tiada pembayang :
 
Sudah bertudung terendak Bentan,
Dengan siapa saya sesalkan,
Sudah untung permintaan badan,
Pagar siapa saya sesarkan.
 

TEKA-TEKI
Menurut Kamus Dewan teka-teki ialah soalan yang dikemukakan secara samar-samar atau rumit yang jawapanya harus diduga, soalan untuk menduga akal.
  • Contoh teka-teki ialah :
Kalau tuan muda teruna,
Pakai seluar dengan gayanya,
Kalau tuan bijak laksana,
Biji di luar apa buahnya ?
 

KESUSASTERAAN TULISAN
 
Kesusasteraan tulisan ialah kesusateraan yang disampaikan secara bertulis. Pada awalnya, tulisan jawi digunakan untuk menulis kesusasteraan. Sebelum adanya alat pencetak, banyak karya sastera bertulis dengan tangan sahaja. Contohnya Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu Setelah masyarakat didatangi peradaban barat, alat cetak dan tulisan rumi di perkenalkan. Contoh karya-karya sastera adalah seperti Hikayat Sang Kancil.Sastera bertulis berbentuk cerita terbahagi kepada 3 iaitu novel, cerpen dan drama.
 
1)    NOVEL
Menurut Kamus Dewan novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks yang berkaitan dengan pengalaman dan kelakuan sosial. Menurut Hashim Awang novel adalah prosa cerita yang panjang dan menceritakan kisah hidup manusia pada sesuatu tempat dan dalam suatu masa tertentu untuk menlahirkan satu persoalan kehidupan yang menarik. Contoh novel yang terkenal ialah Novel Siti Nurbaya. Menurut Hashim Awang Novel terbahagi kepada :
Novel Perwatakan
Novel Psikologi
Novel Peristiwa
Novel Resaman
Novel Sejarah
Novel Sosial
Novel Politik
Novel Lawan Alam

Novel perwatakan
  • Perlukisan dan perkembangan watak.
  • Contoh :Rentong
Novel psikologi
  • Menekankan penjiwaan watak
  • Contoh : Hari-hari Terakhir Seorang Seniman
Novel peristiwa
  • Peristiwa-peristiwa menarik tetapi mungkin tidak berhubungan.
  • Contoh : Puteri Gunung Tahan
Novel resaman
  • Penceritaan tentang adat resam satu-satu masyarakat pada satu masa dan tempat tertentu.
  • Contoh : Cinta Gadis Rimba
 
Novel sejarah
  • Penekanan kepada kedua-dua aspek sejarah dan adat resam
  • Contoh : Panglima Awang
Novel Sosial
Menekankan mengenai persoalan masyarakat
Contoh : Salina
Novel Politik
Persoalan politik
Contoh : Krisis
Novel lawan alam
  • Kisah kawasan-kawasan tertentu
  • Contoh : Ranjau Sepanjang Jalan
 
CERPEN
Menurut Kamus Dewan cerpen ialah cerita pendek.Cerpen ialah bentukcereka pendek, yang membawakan satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. (Hashim Awang)
  • Contoh : Cerpen Ngayau ciptaan Ali Majod.
 
Ciri-ciri
  • Sebuah cerita atau kisah berbentuk prosa
  • Menonjolkan hanya satu kesan
  • Mengisahkan dengan agak terperinci suatu perisiwa
  • Cerpen memperlihatkan adanya unsur-unsur dramatik. Contohnya cerpen Segeluk Air tulisn Khadijah Hashim.
 
DRAMA
Drama ialah sejenis cereka yang berbentuk lakonan.Ia selalunya dipentaskan. Perkataan ‘drama’ berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘gerak’.
 
Sifat Drama
  • Isu konflik
  • Aksi fizikal atau mental
  • Jangka waktu persembahan yang terbatas
 
Jenis Drama
  • Komedi
  • Tragedi
  • Opera
  • Pantomin
  • Tragedi-Komedi
 
 
SASTERA BERTULIS BERBENTUK BUKAN CERITA
 
ESEI
Menurut Kamus Dewan esei bermaksud karangan prosa (yang biasanya lebih pendek daripada tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk. Menurut Encyclopedia Britannica pula bermaksud satu karangan yang berpatutan panjangnya.
 
SAJAK
Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.
 
SIFAT-SIFAT SAJAK
  • Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap
  • Sajak tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi atau rima akhir di hujung tiap-tiap baris ayat atau dimana-mana juga.
  • Mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap.
  • Mempunyai baris-baris ayat yang membangunkan rangkap.
  • Mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa.
 
 
BENTUK-BENTUK SAJAK
  • Disitkhon
Sajak yang ditulis dalam bentuk dua baris bagi tiap-tiap serangkap

  • Terzina
Sajak yang serangkapnya terdiri daripada tiga baris

  • Quantrain
Sajak yang rangkap-rangkapnya terbangun atas empat baris. Bentuknya lebih menyerupai pantun dan syair.

  • Quintain
Sajak yang rangkapnya dibentuk oleh lima baris atau kalimat

  • Sextet
Sajak yang digubah dengan pemaikaian rangkap yang terdiri daripada enam baris.

  • Oktaf (stanza)
Sajak yang rangkapnya terdiri oleh lapan baris atau kalimat
   
ISI DALAM SESEBUAH SAJAK
  • Unsur pujaan
  • Unsur keagamaan
  • Unsur kesedihan
  • Unsur pengajaran
  • Unsur sindiran
  • Unsur percintaan
  • Unsur pengisahan
 
CARA MENIKMATI SESEBUAH SAJAK
  • Mengenali sifat luar sesebuah sajak
  • Mengenali gaya bahasa atau imej visual sesebuah sajak
  • Mengetahui latar belakang penyair atau penulis
  • Mengetahui tujuan penyair sesebuah sajak
 
CARA MENDEKLAMASI SAJAK
  • Pemahaman
  • Mimik
  • Peresapan
  • Gerak geri
  • Pengucapan
  • Daya hafal
  • Daya ucapan dan irama
  • Batas kalimat
 
KRITIKAN SASTERA
  • Usaha mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik.
  • Merupakan cabang ilmu yang mempunyai fungsi-fungsi sediri.
  • Pertimbangan dan penilaian terhadap karya –karya sastera akakn diperkuat dengan alasan –alasan yang munasabah.
 
 
FUNGSI KRITIKAN SASTERA
  1. Menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya mengembangkan pengetahuan itu.
  2. Memberikan bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan menerangkan tentang karya sastera dan pengarangnya dengan jelas.
  3. Membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang tidak baik.
  4. Memberikan kenerangan kepada pengarang cara-cara hendak menyesuaikan karya sasteranya dengan pembaca.
  5. Menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga kesusasteraan.
  6. Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca.
 
 BUKU-BUKU KRITIKAN TEORI
  1. Poetics oleh Aristotle
  2. Principles of literary Criticism (1924 ) oleh L.A. Richards
  3. Anatomy of Criticism (1957 ) oleh Norhrop Frye
  4. Kritikan Sastera di Malaysia
 
BUKU-BUKU KRITIKAN AMALI
  1. Lives of the Poets oleh Dr. Johnson.
  2. Essays in Criticism oleh Mathew Arnold
  3. Seleted Essays oleh T>S> Eliot
  4. Novel-novel Malaysia dalam kritikan susunan Hamzah Hamdani
 
Jenis Lain Kritikan Sastera
  • Kritikam mimetik – melihat karya sastera sebagai satu perimen alam.
  • Kritikan prgmatik – melihat karya sastera sebagai alat yang boleh
  • Kritikan ekspresif – melihat karya sastera sebagai alat bagi pengarang menyatakan fikiran dan perasaannya
  • Kritikan objektif – melihat karya sastera sebagai sesuatu yang istimewa yang boleh berdiri sendiri.
 
PENDEKATAN-PENDEKATAN DALAM KRITIKAN SASTERA
  • Pendekatan moral
  • Pendekatan sosiologi
  • Pendekatan psikologi
  • Pendekatan tipainduk
  • Pendekatan struktur

0 comments: