BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 23, 2010

Daya

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
Daya ditakrifkan sebagai:

1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~ berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu; tipu ~ tipu muslihat; ~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~ fikir kekuatan atau keupayaan utk menggunakan akal fikiran; ~ ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk bergerak; ~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran utk mengingat sesuatu atau seseorang; ~ juang kemampuan utk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dgn gigih; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ tahan kemampuan utk mempertahankan diri atau bertahan drpd sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dsb); ~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) utk memelopori sesuatu; sedaya = sedaya upaya; berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budi­nya; tujuannya supaya kita berdisiplin, ber­sistem dan ~ menyelesaikan sesuatu per­soalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); memperdaya, memperdayakan, men­daya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mem­pengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb); terdaya termampu, bertenaga, ber­ke­mam­puan, berkeupayaan: jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka setiap petang; terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu; kedayaan kebolehan membuat sesuatu; perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti; pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan.

Kreatif didefinisikan:

(krĂ©atif) mempunyai kebolehan men­cipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; kekreatifan kemampuan (kebolehan) men­cipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya.

Daya kreatif bermaksud:

kemampuan (kebolehan) mencipta

Daya kreatif merupakan proses membabitkan jumpaan idea atau konsep baru,atau kaitan baru antara konsep atau idea sedia ada,didorong oleh proses sama ada sedar atau luar sedar.

Dari sudut pandangan saintifik,hasil pemikiran kreatif (kadang kala dirujuk sebagai pemikiran mencapah (divergent thought),biasanya dianggap sebagai memiliki keaslian dan kesesuaian.

Sungguhpun,secara inisiatif fenomena mudah,ia sebenarnya amat rumit.Ia telah dikaji dari segi psikologi kelakuan,psikologi sosial,psikometrik,sains kognitif,kecerdasan buatan,falsafah,estetik,sejarah,ekonomi,kajian reka bentuk,perniagaan dan pengurusan antaranya.Kajian-kajian ini meliputi kreativiti harian,kreativiti luar biasa malah kreativiti buatan.Tidak seperti banyak fenomena dalam sains,tidak terdapat satu perspektif berwibawa tunggal atau takrifan daya kreatif.

MEMBEZAKAN ANTARA KREATIF DAN INOVASI

Kreatif biasanya digunakan bagi merujuk kepada tindakan menghasilkan idea baru,pendekatan atau tindakan,sementara inovasi merupakan proses menghasilkan dan menggunakan kreatif sebegitu dalam bentuk tertentu.

Dalam konteks organisasi,istilah inovasi sering kali digunakan bagi merujuk keseluruhan proses di mana organisasi menghasilkan idea kreatif baru dan menukarkannya menjadi barangan,perkhidmatan dan amalan perniagaan yang berlainan,berguna dan memiliki daya komersial,sementara istilah kreatif dikhususkan bagi kegunaan khusus dalam proses penghasilan idea berlainan oleh individual atau kumpulan sebagai langkah perlu dalam proses inovasi.

Sebagai contoh,Amabile (1996) mencadangkan bahawa inovasi " bermula dengan idea kreatif "

       "....creativity by individuals and teams is a starting point for innovation, the first is a necessary but not sufficient condition for the second."

Sungguhpun kedua perkataan adalah berlainan,ia adalah seiring.

SASTERA RAKYAT

Sastera rakyat ialah kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat.Pada lazimnya, sastera rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat.Sastera rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama.Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung.

JENIS-JENIS SASTERA RAKYAT

Sastera rakyat merupakan satu dunia yang luas, ia merangkumi segala pengucapan indah-indah yang lahir di kalangan,dan tidak saja merujuk kepada cerita rakyat.Secara kasarnya sastera rakyat boleh dibahagi kepada 2 kategori yang besar,ialah sastera rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif.

Sastera rakyat naratif
Sastera rakyat naratif merujuk kepada sastera rakyat yang menghuraikan suatu peristiwa.Sub-genre sastera naratif termasuklah mitos,lagenda dan juga cerita rakyat.

a) Mitos-mitos merupakan cerita yang bersifat dongeng yang berfungsi untuk menerangkan asal-usul kejadian tertentu,termasuklah kejadian alam,manusia,binatang dan penempatan.Pada mulanya,mitos merupakan satu bentuk kepercayaan yang memenuhi keinginan manusia untuk mengetahui asal-usul sesuatu kejadian.
b)Lagenda-lagenda pula ialah cerita yang mengisahkan sejarah sesuatu tempat atau peristiwa